Imp-'s

Algoritma kehidupan

Kasihnya Ibu

Jiwanya resah,
Hatinya pasrah,
Badan yang lemah,
Ditatap mata yang merah,
"Ya RABBUL Jalal wal Karamah!"
Kalimah yang kerap membasah lidah

Lalu Mushaf suci diangkat,
Wudu' menambah barakaat,
Dan seremoni pun bermula,
Malaikat senyum dari langit bertala

Kasih seorang Ibu,
Kau takkan dapat menduga.

'Seremoni'

Hospital Kanak-kanak, 1004.

Banana & Manggis

Bangsa dan bahasa; 2 elemen terbesar dalam hidup bermasyarakat. Topik yang seringkali dibualkan dan sering menjadi permasalahan 'orang' kita.

http://www.youtube.com/watch?v=iTyvCfv8zNQ&feature=player_embedded

Aku suka idea yang dibawanya. Cina yang tidak bertutur dalam bahasa cina = banana. Kalau melayu? Manggis? Lol. Tapi aku tidak kisah tentang itu kerana yang patut diberi penekanan lebih ialah golongan yang menetap di Malaysia tetapi tidak mampu bertutur dalam 'bahasa'. Ada pepatah berbunyi seperti berikut:-

When you are in rome, do as romans do
Kau kata kau mahukan perpaduan, namun sistem vernikular tidak dihapuskan.
Kau kata kau mahukan persefahaman namun SJK tidak diroboh, ironis bukan? Kalau diteruskan begini eloklah kau tanam slogan 1Malaysia dan teruskan perjuangan lain.

P/s: Kalau kau kat siam belajarlah bahasa siam. Kalau kau kat brazil belajarlah bahasa brazil. Kalau kau kat mesir, tolonglah belajar bahasa arab sekali. Duduk lama2 tak tahu apa rugi jugak kan? :)




#Heh *AMARAN: Entry ini mengandungi agak banyak perkataan yang sedikit kesat*

Pagi tadi, aku telah pergi belajar memandu. Sekarang silibus pelajaranku sudah sampai fasa meluncur di jalan raya. Gementar tu memanglah gementar, baru 5th timer camtulah katakan. Tapi bukan itu yang aku ingin fokuskan. Sepanjang tempoh satu jam aku memandu di sebelah guru memandu aku, telinga aku jadi panas. Rasa nak menumbuk muka dia pon ada. Aku tak nafikan yang aku banyak buat salah, tapi makian dan cacian yang aku terima; tidak aku rasakan setimpal. Antara sisipan tengkingan yang aku dapat ingat adalah:-

"APA YANG KAU BELAJAR NI IMRAN. MAKIN BELAJAR MAKIN BODOH!"

Mungkin dia terlalu marah, mungkin aku juga terlalu bodoh. Tapi tidak mengapa, mungkin betul apa yang dituturkannya. Aku rasa kepala aku sudah sedikit bengap; efek bermain game terlampau banyak. *Dapat rasakan perubahan mendadak sejak dari zaman sekolah menengah; otakku jarang sekali digunakan untuk perkara yang bermanfaat. *


Ok, apa yang aku hendak tekankan ialah kesabaran. Walau bagaimana marahpun anda terhadap sesuata perkara/seseorang, anda haruslah bersabar, lagi-lagi di bulan ramadhan. Kata-kata itu doa, dan doa itu bagaikan anak panah yang sampai terus kepadaNYA. Berhati-hati dengan tutur kata, jangan sampai ia memakan tuannya.

*Pengajaran qisah 1)Sabar 2)Jaga tutur kata 3)Banyakkan membaca agar otak berfungsi lebih. :D